Thursday, June 20, 2013

Gift N' Favor : Doorgift Birthday Boy...

Salam semua,

Hari rabu lepas, kami dapat tempahan daripada Sara, Maran Kuantan. Sara minta kami buatkan 40 pax doorgift untuk birthday boy anaknya pada hari isnin depan. Ini ialah tempahan daripada pek promosi RM2.

Akan tetapi memandangkan doorgift ini ialah untuk Birthday, maka kami telah ubah suai biskut daripada biskut almond ke pada biskut Coklat Oat (no egg tau... - sesuai sangat untuk vegetarian) dan kami tukar  rupa packaging daripada yang kami tawarkan kepada yang lebih sesuai untuk hari jadi...

marilah tengok, cemana hasil hari ni :

Biskut Butter Badam
(ada dalam 7 pek je - in case kalau ada yang tak suka coklat)

Biskut Oat Susu

Complimentary : Biskut Truffle Oat - sedap ni..!
Inilah packaging yang telah diubah suai...kami add doily paper, letak sticker dan riben (warna spt yang Sara minta)
 
 
Hari rabu order. Hari Khamis hantar. Harap2 paling lewat door gift ni sampai ke tangan Sara pada hari
Sabtu, 22 June 2013.

Note # Terima kasih Sara sbb bagi kepercayaan pada kami. Harap2 Sara suka dengan doorgift dari GNF.


Akhir kata :
Selamat ulang tahun yang ke 4 buat Ahmad Razil Ilham, semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik2, dipanjangkan umur dan dihindarkan daripada perkara2 buruk. Amin.