Thursday, September 18, 2014

Gift N' Favor : NASI CAMPUR

Assalam,

Pernah tak korang teringin atau tercari-cari atau paling tidak terpikir tentang GERAI NASI CAMPUR WAKTU MALAM?

Ok, search no more....kami sekarang membuka Gerai Nasi Campur waktu malam.


Buat masa ni, kami cuma buka pada hujung minggu sahaja. Bermula 13 September 2014 dan dibuka dari jam 6 petang sehingga 12 tengah malam.

Antara lauk-pauk pilihan :
Ikan Masak Lemak Bunga Kantan

Ayam Goreng Berempah

Ayam Masak Kicap

Daging Goreng Kicap Berkuah

Dalca Sayur

Ikan Goreng 

Padprik Ayam

Paru goreng berlada

Rendang Ayam

Ikan Masak Lemak asam belimbing

Sambal Tumis Ikan Bilis

Daging Goreng Pedas 

Sambal Ayam 

Ikan Belah Belakang

Telur Bungkus 

..dan banyak lagi pilihan lauk pauk.  Menu wajib : Ikan belah belakang, kari ikan dan ayam goreng berempah. Menu lain, akan ditukar setiap hari/minggu.

KONSEP
pada mulanya kami nak mengetengahkan set makanan Nasi Putih + Ikan belah belakang + Kari Bendir...tapi bila pikir balik, rasa macam best pulak kalau buat konsep nasi campur tapi waktu malam saja. Sebab, takde orang buat (ada tapi mungkin tak ramai kot). So lahirlah gerai nasi campur waktu malam.

Konsep lauk, pelbagai. Banyak pilihan tapi kuantiti sikit2. Jangan pulak terkejut kalau mai gerai kami, tengok ikan goreng 10 ekor, telur bungkus 2 biji, telur masin 4 belah. Konsep kami, lauk mesti banyak pilihan...

TARIKH & WAKTU
Nasi Campur waktu malam ni baby projek lagi. Kami masih nak tengok sambutan customer (so far Alhamdulillah). Kalau sambutan ok sampai penghujun bulan ni, kami bercadang nak buka pada setiap malam.

Waktu tetap : 6 petang sehingga 12 malam. Waktu habis meniaga tu pulak bergantung juga pada lauk-pauk. Kalau lauk dah habis, kami tak tunggu la sampai pukul 12 malam. Setakat ni, dalam pukul 9pm ++ lauk dah habis. Tapi kami bercadang nak tambah kuantiti lauk-pauk, so that kami boleh bertahan sehingga pukul 12 malam.

TEMPAT
Ok. tempat ni kritikal sket. Buat masa ni kami menyewa di GERAI PERSILA ASTAKA KAMPUNG MELAYU. Siang depa meniaga nasi campur. Malam kami pulak meniaga nasi campur. OK nak clarify sket. Walau pun kami  (Owner Gerai Persila & Kami-owner Nasi Campur Waktu Malam) meniaga nasi campur, tapi kami bukan owner yang sama. OWNER GERAI PERSILA - cuma meniaga waktu siang. Kami meniaga diwaktu malam. Makanan lain-lain. Takde isu makanan tengahari dijual di waktu malam.

Insya Allah, kalau Nasi Campur Waktu malam boleh menarik ramai pelanggan, kami bercadang (tengah berusaha sebenarnya) untuk mendapatkan satu lot gerai makanan di Astaka Kampung Melayu...atau kalau korang ada tempat strategik untuk disewakan kepada kami, silalah PM dengan kadar segera..:)



COMING UP PROJECT : TEA TIME

Kami plan nak jual kuih muih minum petang. Segala jenis kuih muih, goreng dan kukus, bakar dan gril. sejuk dan panas.
Interested to purchase or dropship or become our dealer.. please Whatapps or sms 0164664396 or email to mash.empire@gmail.com