Thursday, February 5, 2015

GIFT N' FAVOR : Mana lebih jimat???

As salam Mommies & Daddies ( M&D) semua...

kami nak tanya, pernah tak terpikir atau terlintas di fikiran bila kita survey pakej hari jadi untuk buah hati kita,kita mesti ada satu dilema dalam diri...contohnya...

"mahalnya..kalau buat sendiri kan lebih murah"
"nak ambik pakej ke, atau nak beli asing-asing?"
"nak ambik pakej makan je, yang lain-lain tu nak buat sendirilah"

mesti pernahkan rasa macam tu...sbb sebelum memulakan perniagaan ni, kami pun begitulah bila tiba mengacara majlis. Kalau boleh semua nak murah tapi masa je yang tak murah. Mommies yang bekerjaya, 3/4 hari dah habis untuk kerja dan atas jalan raya. Nak buat e-card paling simple mungkin kena curi-curi masa pejabat atau terpaksa korbankan lunch. Hari jumaat, (mana yang berkerja dengan kerajaan), panjanglah masa sikit nak mengukur jalan di chow kit atau mydin untuk beli barangan party pax. ye tak?  Tapi mudah tak kerja kita, bila ada orang yang willingly buat A-Z untuk kita, tiba hari majlis kita satu family cuma perlu sediakan tempat je...mudahkan...

Ok..sekarang kami nak ajak Mommies & Daddies buat matematik sama-sama.. Kita tengok berapa banyak kita boleh jimat kalau kita ambik pakej hari jadi dengan Gift N Favor. Kami tak nak ambil contoh pakej orang, kamiguna pakai pakej sendiri dulu ya...
mari buat perbandingan.

Kids Birthday Package : High Tea.
a. Makanan.
b. Party Pack
c. Candy Buffet
d. Party Decor + Buntings + Welcoming Board + Photo Booth + Props 
e. Clowns

Dari A hingga ke E, harganya RM35/pax. Besar tu RM35 per pax. kalau 1000 pax dah RM35K ye tak? Tapi kalau 50 pax, baru RM1750.00.

Kemudian kita kira pulak kalau kita ambik asing-asing. Harga asing-asing ni harga kami, kalau pakej orang lain mungkin mahal sikit atau mungkin lebih murah sikit... Kita ambil kira minimum pax ialah 50 pax ye...

a. Makanan + Party Pack = RM20/pax.
    (RM20 x 50 pax = RM1000.00)

b. Candy buffet & Table Decor  = RM450.00

c. Party Decor + Buntings + Welcoming board + Photo Booth + Props = RM350.00

d. Clowns RM650

Total :  RM2,450.00

berbanding harga pakej kami cuma RM1750 untuk keseluruhan pakej. Secara matematiknya, boleh JIMAT RM700.00. Besar tak RM700 tu? boleh bayar installment apartment atau kereta tu...

M&D, mesti akan cakap..ye lah nak jimat RM700, tu diaa kita dok keluar sampai RM1750, apa cerita...

Ok..ni nak habaq mai...RM1750 tu...
a. M&D tak payah curi2 buat e-card, tak payah stayback 1-2 jam lepas waktu kejra nak buat e-card, tak payah korbankan lunch untuk buat e-card. Upon confirmation booking dgn kami, kami draft (FREE designed) e-card untuk M&D. kalau e-card kurang cool, kami cetak minimum 25 keping invitation card untuk M&D. best tak?

b. tak payah mengharung jem nak cari goodies pax

c. Mommies, tak payah bersingsing lengan kat dapur. mana nak goreng mee. mana nak buat desert. mana nak buat air. tak payah...call kami, kami selesaikan dengan cara kurang stress..

d. Hambar tak majlis hari jadi tanpa belon dan clowns? group mommies dan daddies seronok la..ibarat reunion dengan member lama. tapi anak2 ni apa cerita, larat ke depa nak tiup party horn, larat ke depa nak mewarna activity book, larat ke depa nak main kejar sesama sendiri...silap2, mommy & daddy dok keriau kat depa suh diam or apa...kat sinilah clowns ni main peranan. depa ibarat babysitter for 1.5 hours. Clowns dalam pakej kami comes with comedy magic show, games & balloons. Belon tu pulak unlimited tau...

e. Sesudah majlis, welcoming board dan bunting tu kami bagi percuma kepada  tuan rumah. boleh la buat hiasan dalam bilik tidur anak pulak.

Ok, selamat membuat pilihan...

Wassalam.